KOLEKSI GAMBAR PBC

Friday, May 14, 2010

AIR MINERAL PILIHAN ANDA?


Adakah produk ini menjadi pilihan anda? AWAS!!!!!!!!!!!!!!!!!
Lihat pautan berikut untuk mengesan dimana lokasi dan sumber pembuatannya di Taiping.

Antara produk lain keluaran syarikat ini ialah MESRA Petronas, CACTUS, NONAME, SUMMER, GOOD LIFE, SPRITZER, SPARKLING SPRITZER, SPRITZER GO, SPRITZER POP, SUNSUI

Monday, March 22, 2010

PELANCARAN PRODUK MELAKA HALAL HUB & KONSERT HPA RAIHAN



Assalamualaikum..
Makluman dan hebahan

Jemputan ke Majlis Pelancaran Produk Melaka Halal Hub dan konsert HPA RAIHAN

Tarikh : 29hb Mac 2010 (Isnin)

Tempat : Melaka Halal Hub, Serkam dan Dewan Bistari, Ayer Keroh.

Masa : 10.00 Pagi dan 8.00 Malam.

Tetamu Kehormat :
1. YB Datuk Hj. Md Yunos bin Husin
2. YB Ar. Hj. Ismail bin Othman
3. YB Datuk Wira Hj Ahmad bin Hamzah
4. YB Datuk Hj Dhazale bin Mohamad
5. Tn. Hj. Ismail bin Ahmad.

Semoga kedatangan anda dapat mengimarahkan lagi majlis tersebut dan menyokong perkembangan kita...

Sekian dimaklumkan...

Friday, January 15, 2010

MENARA HPA BAKAL JADI KENYATAAN



Menara HPA di Sek.13 Shah Alam. Kini hampir 50% usaha kita untuk memiliki Menara HPA setinggi 12 tingkat di Sek.13 Shah Alam(proses jual beli – RM54 juta). Sama-sama kita berdoa kepada Allah yang maha kuasa moga usaha kita beroleh kejayaan.

Sunday, December 27, 2009

Restoran RFC Cawangan Melaka (Mydin Mall)





Berita baik untuk rakyat Melaka. Restoran RFC ke-5 telah dibuka di Mydin Mall, Melaka dan telah dirasmi pada 24 Disember 2009 oleh Pengarah Urusan HPA sendiri.
1. RFC Lagenda – Sungai Petani
2. RFC Shahab Perdana – Alor Setar
3. RFC Laguna – Sungai Petani
4. RFC Kluang – Johor
5. RFC Mydin Mall – Melaka.
Menurut Tuan Haji Ismail, walaupun pembukaan ini tidak dilakukan secara besar besaran tetapi RFC ini merupakan RFC tercantik sehingga kini menurut pandangan beberapa orang pemerhati. InsyaAllah akan menyusul segera 4 lokasi baru yang akan di beritahu kelak.Khabarnya lokasi lain tersebut ialah Shah Alam, Ampang, Kuala Terengganu dan Kubang Kerian. Sama-sama kita nantikan.

Friday, October 30, 2009

Radix Pizza House Mula Beroperasi

Satu lagi sejarah telah pun dilakar oleh HPA di mana, Pizza HPA yang dinanti-nantikan oleh para pengedar HPA telah pun mula beroperasi pada 17hb Oktober 2009 bertempat di Lagenda Heights, Sungai Petani. Waktu perniagaan juga adalah sama seperti rangkaian restoren HPA yang lain iaitu bermula jam 9.00 pagi sehinggalah jam 11.00 malam.

Kita seharusnya berbangga dan bersama-sama dengan HPA kerana usaha ini akan mengembang dan meningkatkan lagi ekonomi ummah. Kerana produk yang BERKAT akan mendapat KEREDAHAAN dari ALLAH. Insya’allah…

4031865110_8202036ab1

Friday, October 16, 2009

Kopi Radix PALSU masih berleluasa


/

Kopi Master Radix yang dihebahkan sebelum ini nampaknya masih meneruskan aktiviti jualan mereka tanpa segan silu dan kini sudah dipasarkan di merata tempat di bumi Malaysia. Imbas kembali berita Master Radix sebelum ini:

Kita menerima tamparan yang lebih hebat kali ini apabila peniaga yang menjual kopi radix palsu jenama “Master Radix” bertindak lebih berani dengan menjual kopi palsu mereka secara terang-terangan di pasar malam. Malah lebih teruk lagi ialah kerana mereka membuat fitnah dan pembohongan terhadap syarikat HPA. Berikut ialah berita yang diperolehi dari blog GM Alwahida:

Ada berita pembohongan mengatakan bahawa MASTER RADIX adalah hasil dari perpecahan dalam HPA. Kononnya dia pengasas awal formula RADIX. Malangnya ada umat Islam yang mudah terpedaya, tergoda dan akhirnya ternoda.

Disini GM telah mendapat bukti kukuh Master Radix adalah keluaran ciplak dari seorang taukeh cina. Sehubungan dengan ini, beberapa langkah akan di ambil segera.

1. Tindakan undang-undang (tindakan saudara Abd Ghani)
2. Edaran poster memperingatkan Kopi Palsu Master Radix ( tindakan Saudara Saif)
3. Hebahan segera dari mulut ke mulut. PBC, Program Mingguan, Kedai Kopi, Surau, Masjid dan sebagainya. Sampaikan hebahan ini sebagai suatu jihad menentang kejahatan kerana Master Radix sememangnya tidak Halal dan diragui mengandungi bahan berbahaya. (tindakan seluruh warga HPA). Lakukan juga penyebaran dalan mana-mana YM grup.
4. Kenyataan dalam akhbar. (tindakan GM)

GM Alwahida Marketing telah mengingatkan kembali tentang isu ini di dalam blog beliau. Ini petikannya:

"GM ke Tawau, Sabah minggu lepas. Agak kurang menyenangkan mata memandang jenama Master Radix kedapatan di warung dan restoran di sekitar Sabah.

Tambah sakit mata dan hati apabila kakak GM seorang guru di Sungai Petani memberitahu bahawa Master Radix di jual di sekolah beliau.

Tambah geram menerima SMS Master Radix di jual di sebuah restoran di negeri Perlis.

Lagi tambah kecewa bila melihat Master Radix menggunakan papan Kopi Radix di R&R Bukit Merah, Perak.

Apakah kita semua kini sudah layu dan masih dibuai dengan ‘mabuk ketupat’ raya. Apakah istilah Gempur Radix hanya mainan di bibir sahaja. Apakah kita seperti generasi yang lampau dengan istilah “cukuplah dengan apa yang ada sekarang”. Apakah kita asyik dengan keselesaan sekarang sehingga hilang lupa masa depan kita akan terancam.

I feel shocked mendengar kenyataan PJS Sabri SP mengatakan “MASTER RADIX AKAN KEBUMIKAN KOPI RADIX DI BUMI PERLIS”. I hope dont be monkey excited(terkejut berok) dengan apa yang GM sampaikan ini.

Kepada semua warga HPA yang membaca, sila copy and paste dan masukkan dalam blog masing-masing. Harap disebarkan segera!

Sunday, July 26, 2009

Anugerah Pengarah Jati Emas



Puan Hajah Nolia dianugerahkan Anugerah Pengarah Jati Emas di Konvek 2009 HPA yang berlangsung di Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor pada 25 Julai 2009. Tahniah .