KOLEKSI GAMBAR PBC

Sunday, December 27, 2009

Restoran RFC Cawangan Melaka (Mydin Mall)





Berita baik untuk rakyat Melaka. Restoran RFC ke-5 telah dibuka di Mydin Mall, Melaka dan telah dirasmi pada 24 Disember 2009 oleh Pengarah Urusan HPA sendiri.
1. RFC Lagenda – Sungai Petani
2. RFC Shahab Perdana – Alor Setar
3. RFC Laguna – Sungai Petani
4. RFC Kluang – Johor
5. RFC Mydin Mall – Melaka.
Menurut Tuan Haji Ismail, walaupun pembukaan ini tidak dilakukan secara besar besaran tetapi RFC ini merupakan RFC tercantik sehingga kini menurut pandangan beberapa orang pemerhati. InsyaAllah akan menyusul segera 4 lokasi baru yang akan di beritahu kelak.Khabarnya lokasi lain tersebut ialah Shah Alam, Ampang, Kuala Terengganu dan Kubang Kerian. Sama-sama kita nantikan.

Friday, October 30, 2009

Radix Pizza House Mula Beroperasi

Satu lagi sejarah telah pun dilakar oleh HPA di mana, Pizza HPA yang dinanti-nantikan oleh para pengedar HPA telah pun mula beroperasi pada 17hb Oktober 2009 bertempat di Lagenda Heights, Sungai Petani. Waktu perniagaan juga adalah sama seperti rangkaian restoren HPA yang lain iaitu bermula jam 9.00 pagi sehinggalah jam 11.00 malam.

Kita seharusnya berbangga dan bersama-sama dengan HPA kerana usaha ini akan mengembang dan meningkatkan lagi ekonomi ummah. Kerana produk yang BERKAT akan mendapat KEREDAHAAN dari ALLAH. Insya’allah…

4031865110_8202036ab1

Friday, October 16, 2009

Kopi Radix PALSU masih berleluasa


/

Kopi Master Radix yang dihebahkan sebelum ini nampaknya masih meneruskan aktiviti jualan mereka tanpa segan silu dan kini sudah dipasarkan di merata tempat di bumi Malaysia. Imbas kembali berita Master Radix sebelum ini:

Kita menerima tamparan yang lebih hebat kali ini apabila peniaga yang menjual kopi radix palsu jenama “Master Radix” bertindak lebih berani dengan menjual kopi palsu mereka secara terang-terangan di pasar malam. Malah lebih teruk lagi ialah kerana mereka membuat fitnah dan pembohongan terhadap syarikat HPA. Berikut ialah berita yang diperolehi dari blog GM Alwahida:

Ada berita pembohongan mengatakan bahawa MASTER RADIX adalah hasil dari perpecahan dalam HPA. Kononnya dia pengasas awal formula RADIX. Malangnya ada umat Islam yang mudah terpedaya, tergoda dan akhirnya ternoda.

Disini GM telah mendapat bukti kukuh Master Radix adalah keluaran ciplak dari seorang taukeh cina. Sehubungan dengan ini, beberapa langkah akan di ambil segera.

1. Tindakan undang-undang (tindakan saudara Abd Ghani)
2. Edaran poster memperingatkan Kopi Palsu Master Radix ( tindakan Saudara Saif)
3. Hebahan segera dari mulut ke mulut. PBC, Program Mingguan, Kedai Kopi, Surau, Masjid dan sebagainya. Sampaikan hebahan ini sebagai suatu jihad menentang kejahatan kerana Master Radix sememangnya tidak Halal dan diragui mengandungi bahan berbahaya. (tindakan seluruh warga HPA). Lakukan juga penyebaran dalan mana-mana YM grup.
4. Kenyataan dalam akhbar. (tindakan GM)

GM Alwahida Marketing telah mengingatkan kembali tentang isu ini di dalam blog beliau. Ini petikannya:

"GM ke Tawau, Sabah minggu lepas. Agak kurang menyenangkan mata memandang jenama Master Radix kedapatan di warung dan restoran di sekitar Sabah.

Tambah sakit mata dan hati apabila kakak GM seorang guru di Sungai Petani memberitahu bahawa Master Radix di jual di sekolah beliau.

Tambah geram menerima SMS Master Radix di jual di sebuah restoran di negeri Perlis.

Lagi tambah kecewa bila melihat Master Radix menggunakan papan Kopi Radix di R&R Bukit Merah, Perak.

Apakah kita semua kini sudah layu dan masih dibuai dengan ‘mabuk ketupat’ raya. Apakah istilah Gempur Radix hanya mainan di bibir sahaja. Apakah kita seperti generasi yang lampau dengan istilah “cukuplah dengan apa yang ada sekarang”. Apakah kita asyik dengan keselesaan sekarang sehingga hilang lupa masa depan kita akan terancam.

I feel shocked mendengar kenyataan PJS Sabri SP mengatakan “MASTER RADIX AKAN KEBUMIKAN KOPI RADIX DI BUMI PERLIS”. I hope dont be monkey excited(terkejut berok) dengan apa yang GM sampaikan ini.

Kepada semua warga HPA yang membaca, sila copy and paste dan masukkan dalam blog masing-masing. Harap disebarkan segera!

Sunday, July 26, 2009

Anugerah Pengarah Jati Emas



Puan Hajah Nolia dianugerahkan Anugerah Pengarah Jati Emas di Konvek 2009 HPA yang berlangsung di Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor pada 25 Julai 2009. Tahniah .

Sunday, July 19, 2009

RFC terkini di Laguna


Terkini, RFC Berkonsep PANDU LALU Di LAGUNA MERBUK SUNGAI PETANI !!!


Team Pengurusan Zon Utara

Pengurusan Sungai Petani akan terus di uruskan oleh seorang GM dan 3 orang AGM bagi memastikan semua projek berjalan dengan lancar. Mereka terdiri daripada GM Hj Fisal Ahmad Tajuddin, AGM Ustaz Adnan Fadzil, AGM Us Samad Ayob dan AGM Hafiz Ismail. Ini berikutan dengan penumpuan HQ yang sedang membangunkan pentadbiran di Lembah kelang . Projek-projek baru yang kini telah berjalan dengan lancarnya ialah seperti berikut:-

  1. Radix Printing
  2. Kilang Kola Radix
  3. Kilang Muslimah
  4. RFC
  5. ROR
  6. ROC
  7. ITHPA
  8. El Zahraa Inn
  9. RCH
  10. Homestay
  11. Toharah Dobi
  12. Pertenakan Ayam
  13. Kilang Air Mineral
  14. JHS
  15. Radix Bakery
  16. Kilang Makanan Ayam
  17. Kilang Baja Organik
  18. Perladangan Padi Organik
  19. Kilang Pemerosesan Satay
  20. Perabut PJS
  21. HPA Collection
  22. HPA Ilham Holidays
  23. Mutiara Hikmah (kedai buku Islam)

Semua projek-projek ini akan dibangunkan satu persatu di Lembah Kelang berdasarkan pengalaman yang sedia ada. Insya’Allah, target jualan RM20juta akan tercapai dengan berlakunya penumpuan yang lebih di ibukota., Insya’Allah.

Sumber: HPA Online Network

Friday, July 3, 2009

Ahli Panel Syariah HPA


HPA dengan rasminya telah membentuk Panel Syari'ahnya yang terdiri dari :

  1. DR. MOHD NASIR HJ HAMID (PHD PENGAJIAN ISLAM UKM, Pensyarah UITM Arau)
  2. USTAZ BASRI ABDUL GHANI (M.A. EKONOMI ISLAM U.M., Pensyarah Ekonomi Islam UITM Arau)
  3. USTAZ NIDHO ABDURRAHMAN (B.A. AL-AZHAR, M.A. AL-QURAN DAN SUNNAH UKM., Pensyarah UUM Sintok)
  4. USTAZ KHADAFI HJ ROFIE (B.A. AL-AZHAR, M.A. HADIS UKM, Pensyarah UUM Sintok)
  5. PROF. MADYA DR. ISHAK SULAIMAN (PHD HADITH DAN MUAMALAH, University of Wales U.K, Pensyarah U.M.)
  6. USTAZ HASAN ZAID RAMLI (B.A. AL-AZHAR, M.A. SYARIAH UKM., Pensyarah IPTS)
  7. USTAZ HASBULLAH ALI (B.A. AL-AZHAR, M.A. SYARIAH UKM., Pensyarah IPTS)
  8. USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL (B.A. SYARI'AH AL-AZHAR, Dip. Dirasat Ulya (PRA M.A.) INSANIAH-ALAZHAR, Pengurus Pentadbiran HPA); Setiausaha Panel.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai Panel Syariah ini, anda boleh layari laman blog mereka di http://panelsyariah.blogspot.com/

Oleh : Ust. Ahmad Adnan Fadzil

Soalan : Sekarang ini banyak jualan langsung yang menjalankan operasi di Malaysia. Apa pendirian Syarak berkenaan MLM : apa ciri-ciri MLM yang harus dan apa ciri-ciri MLM yang haram pula?

Jawapan :

Setakat sekarang ini penulis belum menemui sebarang fatwa yang jelas berkenaan Sistem Jualan Lansung MLM dari mana-mana ulamak muktabar hari ini khususnya dari Timur Tengah atau Al-Azhar sama ada mengharuskannya atau mengharamkannya. Namun secara umumnya panduan urus-niaga secara Islam telah dihuraikan oleh ulamak dengan lengkap dan panjang lebar di dalam kitab-kitab Feqah. Dengan memahami sebaik mungkin panduan tersebut, kita sebenarnya dapat mengukur sama ada suatu urus-niaga yang ditawarkan kepada kita itu (termasuklah MLM) halal atau tidak. Di sini, saya akan kemukakannya secara ringkas.

Menjadi prinsip yang diterima oleh semua ulamak bahawa dalam hal-hal keduniaan (antaranya urusan perniagaan dan jual-beli), kedudukan asal setiap perkara dan urusan yang berkait dengannya adalah harus sehingga terdapat bukti yang jelas yang menunjukkan percanggahannya dengan Syarak sama ada dari segi prinsipnya atau terlibat dengan perkara-perkara yang dilarang atau diharamkan. Oleh itu, dalam berhadapan dengan suatu perkara baru atau urusan baru yang bersifat keduniaan, yang harus diteliti ialah ada atau tidak di dalamnya sebarang unsur yang menyalahi prinsip Syarak dan unsur-unsur yang diharamkan? Jika tidak ada, maka ia dikekalkan atas kedudukan asalnya iaitu harus. Secara umumnya, perniagaan yang sah menurut Syari’at Islam ialah yang memenuhi prinsip-prinsip asas berikut :
  1. Ia berasaskan akad saling meredhai antara penjual dan pembeli
  2. Ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syarak ke atas suatu urusan perniagaan atau jual-beli.
  3. Ia bebas sepenuhnya dari larangan-larangan Syarak iaitu perkara-perkara yang diharamkannya.

Saling Meredhai

Saling meredhai bermaksud pembeli meredhai atau berpuas hati dengan barang atau produk yang diterimanya dan tidak rasa tertipu dan penjual juga meredhai dengan harga jualannya, yakni ia tidak menjual dengan terpaksa. Prinsip saling redha-meredhai ini amat penting dalam urusan perniagaan kerana Allah berfirman (yang bermaksud); “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan saling meredhai di antara kamu” (Surah an-Nisa’, ayat 29).

Syarat-syarat bagi akad perniagaan

Bagi memastikan prinsip saling meredhai itu terlaksana, maka Syarak telah menetapkan syarat-syarat tertentu bagi setiap urusan perniagaan. Syarat-syarat ini jika dilanggari akan menyebabkan suatu urusan perniagaan tidak sah atau batal. Di antara syarat-syarat tersebut ialah :

  1. Orang yang menjalankan akad perniagaan hendaklah mumayyiz, iaitu mampu membuat pertimbangan sendiri.
  2. Mereka melakukan akad dengan kerelaan sendiri, iaitu tidak dipaksa melakukan akad.
  3. Status barang yang diperniagakan dan harganya hendaklah diketahui dengan pasti (yakni tiada kesamaran) oleh penjual dan juga pembeli. Ini untuk mengelak dari berlakunya gharar.
  4. Barangan jualan diizinkan oleh Syarak (yakni tidak tersenarai dalam barang-barang yang haram)
  5. Jika urus-niaga membabitkan mata-wang hendaklah mematuhi syarat-syarat pertukaran matawang mengikut Syarak.
  6. Hendaklah diselaraskan kandungan ijab dan qabul dari segi sebutan barang, harga dan sebagainya. Tidak sah aqad jual-beli yang ijab dan qabulnya tidak selaras seperti penjual berkata; “Saya jual barang ini dengan harga RM 40” dan pembeli pula berkata; “Saya beli dengan harga RM 30”.

Larangan-larangan Syarak dalam perniagaan

Setiap urusan perniagaan yang hendak diiktiraf oleh Islam juga hendaklah bebas dari sebarang unsur yang dilarang atau diharamkan oleh Syarak. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi, larangan-larangan Syarak dalam urusan perniagaan berkisar atas beberapa sebab iaitu :

  • Membantu kepada perbuatan maksiat
  • Terdapat unsur-unsur gharar atau penipuan
  • Terdapat unsur-unsur eksploitasi atau pemerasand) Terdapat penganiayaan terhadap salah satu pihak yang beraqad. (Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242)

Lebih terperinci, antara unsur yang dilarang oleh Syarak dalam urusan perniagaan ialah :

  1. Menjalankan perniagaan yang diharamkan atau mendatangkan mudarat. Jika ada syarikat MLM yang menjual barangan/produk yang diharamkan oleh Syarak atau mendatangkan mudarat kepada manusia, maka tidak harus syarikat tersebut disertai oleh orang Islam sama ada sebagai pembeli, pengedar, penaja atau sebagainya.
  2. Al-Gharar; iaitu menjalankan urus-niaga dalam kesamaran iaitu tanpa dipastikan dengan tepat barangan/produk yang terlibat dan harganya sama ada oleh penjual atau pembeli. Para fuqaha’ sepakat menyatakan bahawa jual-beli secara gharar adalah batal atau tidak sah kerana sabit di dalam hadis; “Rasulullah s.a.w. menegah daripada jualan secara gharar” (Riwayat Imam Ahmad dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).
  3. Melakukan penipuan dalam urusan urus niaga. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Sesiapa yang menipu maka ia bukan daripada golonganku” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Antara contoh penipuan ialah :
  • Membuat iklan barangan dengan memaparkan keistimewaan-keistimewaan atau ciri-ciri yang sebenarnya tidak ada pada barangan tersebut melainkan untuk menarik perhatian orang supaya membelinya semata-mata. Penipuan sebegini dinamakan at-Taghrir iaitu memperdaya.
  • Menipu pembeli dengan menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran. Contohnya; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.
  • Menyembunyikan kecacatan barangan atau produk. Contohnya; menyembunyikan kerosakan enjin kereta yang akan dijual dan sebagainya.
  • Mengurangi timbangan
  • Antara yang dilarang juga di dalam perniagaan ialah melakukan penganiayaan, memeras pengguna dan merosakkan kepentingan masyarakat; antaranya dengan melakukan ihtikar (monopoli barangan; yakni menyorok barangan untuk menaikkan harganya) dan menjadi orang tengah yang memeras pengguna. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Tidak melakukan ihtikar melainkan orang yang berdosa” (Riwayat Imam Ahmad, Muslim, Abu Daud, an-Nasaie dan Ibnu Majah dari Mu’ammar Ibn Abdillah r.a.)

Larangan-larangan di atas jika berlaku dalam urusan perniagaan akan menyebabkan perniagaan tidak sah atau sekurang-kurangnya mendatangkan dosa kepada pelakunya walaupun perniagaan masih dianggap sah.

Prinsip-prinsip di atas bersangkutan dengan perniagaan secara umum termasuklah perniagaan secara MLM. Di sana ada perkara-perkara khusus yang berkait dengan MLM yang perlukan perhuraian atau garis panduan iaitu mengenai yuran keahlian, bonus dan harga barangan/produk.

Syarat-syarat yuran keahlian

Boleh dikatakan kesemua syarikat MLM menetapkan suatu kadar yuran keahlian terhadap orang yang ingin menjadi ahli atau pengedar bagi produk-produk keluarannya. Mengenakan yuran keahlian tersebut diharuskan jika memenuhi syarat-syarat berikut :

  1. Yuran tersebut tidak bertujuan untuk mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan dari peserta.
  2. Yuran tersebut bertujuan untuk menyediakan maklumat dan keterangan kepada peserta berkaitan urusan dan agenda yang akan dijalankan oleh syarikat.
  3. Yuran itu tidak mengikat peserta dengan mewajibkan syarat-syarat yang zalim dan tidak bermoral, dalam erti kata lain peserta boleh menarik diri dan dalam sesetengah hal duit akan dikembalikan.
  4. Yuran tersebut tidak mempengaruhi perlakuan akad yang selanjutnya semasa berurus-niaga atau berjual-beli.

Syarat-syarat di atas kita putuskan berasaskan kepada fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Majma’ al-Fiqh terhadap soalan mengenai yuran yang dikenakan sebagai satu syarat penting sebelum berhak menyertai jualan lelongan yang diamalkan oleh syarikat-suarikat peniagaan. Mengikut fatwa tersebut, pengenaan yuran tersebut adalah harus apabila ia memenuhi syarat-syarat di atas. (Lihat; Majallah Majma’ al-Fiqh al-Islami, 1994, 2/37).

Bonus

Dicadangkan pemberian bonus dilakukan dengan menepati konsep al-Ji’alah di dalam Fiqh Islam. Al-Ji’alah bermaksud menjanjikan suatu pemberian (komisyen) kepada orang yang melakukan suatu kerja atau tugas tertentu yang sukar seperti seorang lelaki berkata; “Sesiapa dapat mengembalikan untaku yang hilang, baginya pemberian sebanyak RM 200” (Al-Majmu’, jil. 15, Bab al-Ji’alah). Al-Ji’alah adalah akad yang diharuskan dengan dalil al-Quran dan hadis, antaranya firman Allah :

“Orang-orang menteri menjawab: “Kami kehilangan cupak raja dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu”. (Yusuf: 72)

Menurut ulamak, keharusan al-Ji'alah terikat dengan beberapa syarat, antaranya :

  1. Pihak yang berakad hendaklah terdiri dari mereka yang memiliki keahlian untuk melakukan akad.
  2. Hendaklah bayaran terdiri dari nilai harta yang diketahui.
  3. Hendaklah manfaat yang diperolehi menerusi kegiatan ini diketahui pada hakikatnya serta harus memanfaatkannya dari sudut Syarak.(Wahbah az-Zuhaili, 4/787)

Jadi, supaya bonus dapat menepati konsep al-Ji'alah tersebut, maka pemberian bonus oleh Syarikat MLM hendaklah berasaskan kepada manfaat/kerja yang disumbangkan oleh para pengedar atau orang terbabit dalam membantu syarikat. Nilai bonus yang dijanjikan hendaklah dinyatakan dengan pasti oleh Syarikat kepada para pengedarnya supaya ia menepati syarat yang kedua di atas.

Berdasarkan pengalaman saya dalam Syarikat HPA Industri Sdn. Bhd. (salah satu Syarikat Bumiputra Muslim yang giat menjalan perniagaan secara MLM di Malaysia), bonus yang diberikan oleh Syarikat HPA kepada pengedar-pengedarnya adalah sebagai ganjaran/upah yang dijanjikan kerana sumbangan mereka dalam melakukan perkara-perkara tersebut :

  1. Memperkenalkan syarikat kepada orang ramai
  2. Menaja ahli-ahli baru untuk syarikat
  3. Membuat jualan produk-produk syarikat kepada orang ramai.
  4. Membimbing dan memimpin anak buah (downline) untuk membina organisasi perniagaan yang kukuh. Ini terpaksa melalui proses seperti pertemuan dari masa ke semasa untuk perbincangan, perancangan, penerangan berkenaan produk dan perkembangan terbaru syarikat.

Melihat kepada kerja/manfaat yang disumbangkan oleh para pengedar seperti di atas, saya merasakan pemberian bonus oleh Syarikat HPA menepati prinsip al-Ji'alah yang diharuskan oleh Syarak tadi.

Meletakkan syarat untuk memperolehi Bonus

Menetapkan syarat tambahan -selain dari yang ditetapkan Syarak- dalam mana-mana akad perniagaan dan harta adalah harus jika syarat itu tidak melanggar hukum Syarak yang sedia termaktub dan tidak terdapat sebarang penganiayaan dan pilih kasih. Keharusan ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w.; "Orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat sesama mereka selama menepati yang hak (yakni hukum Allah)” (Riwayat al-Hakim dari Anas dan Aisyah r.a.).

Oleh demikian, tindakan pihak syarikat menetapkan syarat tertentu ke atas para pengedarnya untuk melayakkan mereka memperolehi bonus -jika bonus tersebut dilakukan mengikut kaedah al-Ji'alah di atas- tindakan tersebut adalah harus asalkan syarat yang ditetapkan tidak bercanggah dengan mana-mana ketetapan Syarak dan tidak bersifat pilih-kasih atau menganiayai mana-mana orang.

Jauhi “Sistem Piramid”

Sistem Piramid yang kita maksudkan ialah satu sistem di mana kumpulan orang di bawah membayar kepada orang-orang yang berada di peringkat atas. Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang mara ke tahap paling atas dan mendapat keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian. Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang/produk, tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut melalui wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru. Di antara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah :

  1. Produk berkualiti rendah dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang ke atas inventori barangan yang berlebihan.
  2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.
  3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis di antara syarikat dan pengedar.
  4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian di bawah para pengedar.
  5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal.
  6. Dakwaan perolehan wang dan kejayaan besar yang sengaja direka-reka serta digembar-gemburkan. (Amar Said, Persatuan Pengguna Pulau Pinang)

Apa yang jelas di dalam Sistem Piramid ini, yang menjadi fokus bukanlah penjualan barangan/produk, tetapi penaajaan ahli baru di mana keuntungan dikaut dari yuran keahlian yang tinggi bukan melalui kegiatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan dari orang-orang dibawah, bukan dari keuntungan barangan/produk yang dijual. Melihat kepada konsep dan ciri-ciri di atas, jelas bahawa Sistem Piramid tersebut bertentangan dengan Syari’at Islam kerana terkandung di dalamnya unsur-unsur penipuan, pemerasan, gharar (ketidakjelasan salam dalam akad), ghabn fahiysh dan sebagainya yang diharamkan oleh Syarak dalam urusan perniagaan atau jual-beli.

Harga barangan/produk

Dr. Muhammad Bakr Ismail (salah seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya; “Tidak ada di dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulamak Islam. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli. Ini kerana akad jual-beli terbina di atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah; “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu”. (an-Nisa’: 29) (Lihat; Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108).

Dari fatwa di atas kita dapat simpulkan dua perkara berkenaan penetapan harga barang/produk :

  • Tidak ada batasan tertentu dari Syarak bagi keuntungan yang harus diambil dari produk yang dijual. Jadi, penentuan harga produk/barangan terserah sepenuhnya kepada penjual/pengeluar.
  • Namun begitu, para penjual/pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan harga atau ghabn fahisyh (yakni beza harga yang keterlaluan dari harga sebenar di pasaran) yang menyebabkan pembeli hilang perasaan redhanya terhadap jual-beli apabila mereka mengetahui nilai sebenar di pasaran. Contohnya; menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran, seperti; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.

Demikianlah beberapa panduan penting untuk mengukur sama ada sesuatu MLM itu harus atau tidak di sisi Syarak. Panduan tersebut bukan sahaja berguna untuk orang ramai, tetapi juga untuk pemilik syarikat yang menjalankan MLM untuk melihat sama ada sistem yang mereka guna menepati Syariat atau tidak. Wallahu A’lam.

Rujukan :

  1. Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242.
  2. Mu’jam Al-Mustalahat Al-Iqtisadiyyah Fi Lughatil Fuqaha’, Dr. Nazih Hamad, ter. Al-Ma’had al-‘Alami Lil Fikri al-Islami, Herndon, Virginia, U.S.A. (1993).
  3. Fiqh Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, ter. Al-Fath Lil ‘ilam al-‘Arabi, Kaherah, Mesir (1411/1412H)
  4. Al-Fiqhul Manhaji ‘ala Mazhabil Imam as-Syafi’ie, Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha dan ‘Ali Syarbaji, ter. Dar al-Qalam, Damsyiq, Syiria (1991)
  5. Fiqh Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, ter. Dar al-Fikr, Damsyiq, Syria (1885)
  6. Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, ter. Dar al-Manar, Mesir (1992).
  7. Sistem Syarikat Jualan Lansung Di Malaysia Dari Perspektif Mualamat Islam, Muhammad Hasan Zaid bin Ramli, UKM Bangi (2002).
  8. Al-Majmu, ter. Dar al-Fikr, Beirut, Lubnan (2000)

Sunday, June 28, 2009

Produk Baru dari Madu


Produk baru yang akan dikeluarkan merupakan sinergi herba dan madu dan ianya memberikan kesan yang maksima disamping pengurangan kepada kos untuk pembelian 2 produk sekaligus. Produk yang dikeluarkan ialah seperti berikut:-

1. Madu plantisol

2. Madu vitex

3. Madu Radix

4. Madu paramaria

5. Madu corcinium

6. Madu Ardisia

7. Madu cuka.

Sesuatu herba yang dicampurkan madu akan memberikan kesan yang menyeluruh kerana madu bertindak sebagai katalis bagi membangkitkan kekuatan sesuatu herba.
Dapatkan segera di Stokis Daerah, D' Noli Network sekarang.
InsyaAllah.

JEJAK CAWANGAN HPA

LEMBAH KLANG (peta)



1. D' Noli Network
2. Cawangan Seri Gombak
3. Cawangan Batu Caves
3. Cawangan Puchong
4. Cawangan Jalan Raja Laut, KL
5. Cawangan Serdang
6. Cawangan Bandar Seri Permaisuri
7. Cawangan D' Palma, Ampang
8. Cawangan Ampang

Alamat Cawangan HPA NEGERI SELANGOR

Klik di sini untu lihat Senarai Stokis

HPA WILAYAH GOMBAK,
NO 45 JALAN SG 3/19,
PUSAT BANDAR SERI GOMBAK,
68100 BATU CAVES,
SELANGOR D. EHSAN
Tel : 03-61881433 Fax: 03-61881472
019-2654277

HPA CAWANGAN RAWANG,
2D-1-13 JLN RAWANG MUTIARA 3,
BUSSINESS CENTRE,
48000 RAWANG,
SELANGOR D. EHSAN
03-60924200 / 0175084039

HPA CAWANGAN AMPANG,
C2-G-02 BLOCK C,
HATA SQUARE, JALAN MEWAH 1,
PANDAN MEWAH, 68000 AMPANG,
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL / Fax: 03- 42972657

HPA CAWANGAN KAJANG,
NO 33A JALAN PRIMA SAUJANA 1/1A,
TAMAN PRIMA SAUJANA,
43000 KAJANG,
SELANGOR D. EHSAN
TEL : 03-87362754
FAX : 03-87362762

HPA SERDANG,
NO 24 JALAN RAYA 7/2,
TAMAN SERDANG JAYA,
43300 SERDANG,
SELANGOR D. EHSAN
TEL: 03-89431727 FAX: 03-89434727
019-2654277

HPA CAWANGAN PUCHONG,
NO.21 JALAN PUTRI 5/10,
BANDAR PUTRI,
47100 PUCHONG,
SELANGOR D. EHSAN
TEL: 03-80633986 Fax: 0380615370

email: awm_puchong@yahoo.com

HPA PETALING JAYA,
NO 19 JALAN 8/1D,
46050 PETALING JAYA,
SELANGOR D. EHSAN
TEL: 03-79546571 FAX: 03-79546715
ym: hpa_pertalingjaya@yahoo.com

HPA TANJONG KARANG,
NO 4 JALAN PB1, PUSAT BANDAR,
45500 TANJONG KARANG,
SELANGOR D. EHSAN
TEL: 03-32693626 FAX: 03-32693625
EMAIL: awm_tgkarang@yahoo.com

HPA CAWANGAN KELANG,
NO 101, JALAN COKMAR, TAMAN MUTIARA ,OFF JALAN MERU,
41050 KELANG,
SELANGOR D. EHSAN
TEL: 03-33439717 FAX: 03-334429717
EMAIL: hpa_kelang1@yahoo.com

HPA CAWANGAN BANGI
2-G-1, Jln Medan PB/4A Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor
TEL:017-6218304 - FAX: -
Email: -


HPA CAWANGAN SG.BULOH
No.22 Jalan BRP 1/6
Bukit Rahman Putra Seksyen U20
40160 Sungai Buloh,
Selangor
Nota: Beroperasi : 15 April 2009


CAWANGAN KUALA KUBU BARU
MASJID AR RAHIMAH JLN PAHANG
44000 KUALA KUBU BARU
SELANGOR D. EHSAN
Tel: 0122224273

KIOSK MASJID HULU YAM
MASJID AL-FALAH HULU YAM BHARU
44300 BATANG KALI
SELANGOR D. EHSAN
Tel: 0123347594

KIOSK MASJID KAMPUNG SUNGAI CHOH
MASJID JAMEK NURUL ISLAMIAH
48000 RAWANG
SELANGOR D. EHSAN
Tel: 0173754348

KIOSK MASJID SUNGAI MASIN
NO 1 JLN SG MASIN
44300 BATANG KALI
SELANGOR D. EHSAN Tel: 0132980915

KIOSK MASJID SUNGAI BUAYA
MASJID AR-RAHMAH
48000 RAWANG
SELANGOR D. EHSAN
Tel 0134191701


CAWANGAN MASJID TANAH
MT 2586 & 1ST FLOOR,
TAMAN BANDAR BARU
78300 MASJID TANAH,MELAKA
TEL: 063848758/8751
FAKS: 063848775

WAKTU OPERASI: 9AM - 7.00PM
KELAS MINGGUAN : JUMAAT 9.00PM-12.00PM
AHAD 3.00PM-6.00PM

Saturday, June 27, 2009

Packaging Baru


Radix Manjakani

Kopi Radix
Koko Radix
Kopi Radix Diet


Packaging Baru Kopi Radix, Teh Manjakani, Radix Koko, Radix Diet


Bungkusan baru Minuman Herba, Rosele, Tropika, Herba Jawi


BUKAN BARU TAPI,

KOPI RADIX DI TIRU LAGI:


SALAM SERIUS SELURUH WARGA HPA,
Seorang taukeh cina yang tidak bertanggung jawab telah menciplak jenama RADIX. Taukeh tersebut telah menggunakan nama MASTER RADIX. Kini terdapat di Perak, Kelantan dan Terengganu.
Mari kita perangi mereka ini dengan;
1. Maklumkan pada semua warung, kedai makan, runcit bahawa KOPI MASTER RADIX adalah palsu.
2. Minta mereka jangan jual kopi tersebut.
3. Maklumkan pada cawangan terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Ayuh mari berjihad pertahankan produk Muslim...

HPA INDUSTRIES SDN BHD: Menegaskan Kopi "MASTER RADIX" bukan kopi keluaran HPA. Kepada sesiapa memiliki kopi "MASTER RADIX" boleh didakwa di MAHKAMAH. Jenama Radix telahpun di TRADEMARK oleh HPA (( BACA BERITA )) @ Download makluman : (( kopitiruan.doc )).:: Tel : 0139299944 / 04-9776805 ::.

Friday, June 26, 2009

Kod SMS Info Penyakit dan Sinergi Herba


1.Berikut disenaraikan kod sms bagi pertanyaan sinergi herba untuk penyakit-penyakit yang dihadapi.

cth sms: radix info sh004 - dan hantar ke 33886 (pertanyaan ini adalah untuk penyakit buasir)

KOD & MASALAH

SH001 - TEKANAN JIWA
SH002 - HILANG INGATAN
SH003 - KENCING MANIS
SH004 - BUASIR
SH005 - AFRODISIAC
SH006 - MIMPI BURUK
SH007 - TULANG BELAKANG BENGKOK
SH008 - SAKIT JANTUNG
SH009 - SAKIT JIWA
SH010 - KANSER PAYU DARA
SH011 - RADANG PARU-PARU
SH012 - SAKIT HATI
SH013 - BATUK
SH014 - KERACUNAN
SH015 - SENGGUGUT
SH016 - BIBIR HITAM
SH017 - DEMAM DENGGI
SH018 - BATUK KOKOL
SH019 - EKZEMA
SH020 - RHEUMATOID ARTHRITIS
SH021 - SET CERDAS MINDA
SH022 - RESDUNG
SH023 - DARAH TINGGI
SH024 - DARAH RENDAH
SH025 - DARAH TINGGI DAN KENCING MANIS
SH026 - OSTEOPOROSIS
SH027 - SAKIT GIGI DAN GUSI
SH028 - KANSER
SH029 - SET WANITA HAMIL
SH030 - SET BERSALIN
SH031 - SET KESUBURAN WANITA
SH032 - SET KESUBURAN LELAKI
SH033 - BATU KARANG
SH034 - SET KESIHATAN MATA
SH035 - LUMPUH
SH036 - HEPATITIS
SH037 - SET LANGSING BADAN
SH038 - SET ASMA / LELAH
SH039 - SET WARGA EMAS
SH040 - SET KANAK-KANAK KENCING MALAM
SH041 - DEMAM PANAS
SH042 - TIROID
SH043 - KEPUTIHAN
SH044 - ISOMNIA / SUSAH TIDUR
SH045 - MIGRAIN
SH046 - GASTRIK
SH047 - PATAH DAN TERSELIUH
SH048 -SET KESUBURAN RAMBUT
SH049 - KULIT
SH050 - SAKIT SENDI TANGAN
SH051 - GATAL BADAN
SH052 - KAYAP
SH053 - KELOPAK GARAM
SH054 - BADAN KURUS
SH055 - FIBROID
SH056 - PARKINSON
SH057 - CHIKUNGUNYA
SH058 - KEKURANGAN KALSIUM
SH059 - ANTI PERADANGAN
SH060 - PENYAKIT SLE
SH061 - OSTEOARTHRITIS
SH062 - DEMAM BERDARAH

2) Perlukan maklumat/kelebihan produk-produk HPA.

type: radix(jarak)info(jarak)nama produk dan hantar ke 33886
contoh: radix info ardisia


3) Peringatan waktu-waktu solat.
Sms ini akan diterima setiap pagi sebelum masuknya waktu Suboh.

type: on(jarak)radix(jarak)solat(jarak)kod negeri dan hantar ke 33886
contoh: on radix solat jb (untuk waktu solat kawasan Johor Bahru)

KOD DAN KAWASAN BAGI SISTEM SOLAT
1. AS -ALOR SETAR
2. JB - JOHOR BAHRU
3. KL - KUALA LUMPUR
4. KU - KUANTAN
5. MK - MELAKA
6. PG - PENANG
7. KG - KANGAR
8. KC - KUCHING
9. SB - SEREMBAN
10. IP - IPOH
11. KB - KOTA BHARU
12. KT - K . TERENGGANU
13. LB - LABUAN
14. SA - SHAH ALAM
15. KK - KOTA KINABALU

Sunday, June 14, 2009

Saturday, June 13, 2009

PBC Kali Ke 5, 2009

13 JUN 2009


































Seremban, 13 Jun - Kelab D' Noli Network berjaya mengadakan Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) buat kali ke 5 pada tahun 2009 di Klana Resort, Seremban. Pada kali ini seramai 35 peserta telah berjaya mengikuti program ini. Turut hadir di program dua hari satu malam ini adalah PJS Tuan Syed Sallahuddin bin Syed Mahayadi, serta leader-leader lain dari utara. Tahniah!!

Friday, June 12, 2009

KPA raikan 6 PJS baru di Zon Tengah HPA














Bandar Baru Bangi, 11 Jun, Sempena dengan Majlis Iftar dan Usrah Bulanan KPA di HPA Cawangan Bandar Baru Bangi, 6 orang lagi PJS baru yang baru dilantik pada bulan Jun ini diraikan. Seramai 35 orang PJS KPA dari Zon Tengah dan Zon Selatan hadir bersama AJK KPA dalam majlis yang agak santai. Majlis dimulakan dengan Tazkirah ringkas oleh PJS Ust. Asri Zakaria. Taklimat semasa oleh PJS Rosmandi diikuti oleh Taarof ringkas 5 orang PJS baru yang dapat hadir. Mereka yang diraikan itu ialah:

1. PJS Us. Safuan Pamidi (NPB: 104650.MY01) dari Kg Sijangkang Kuala Langat Selangor. Pendidikan dari Universiti Al Azhar Mesir. Penajanya PJS Us. Zahir Ghazali dari Sg. Petani Kedah. No. hp: 019-6002996

2. PJS Us. Muhammad Asri bin Zakaria (NPB: 302892.MY01) berasal dari Kelantan dan kini menetap di Meru Klang Selangor. Penajanya PJE Hj. Mesday dari Banting Selangor. No. hp: 016-3474992

3. PJS En. Baharuddin Jantan (NPB: 051319.MY01). Keluaran Sijil Herbalis ke 16 baru-baru ini. Lahir di Kuala Pilah Negeri Sembilan dan sekarang menetap di Nilai. Penajanya isteri beliau sendiri iaitu PJS Siti Habibah Yusof atau lebih dikenali sebagai Kak Bib.

4. PJS Pn.Siti Rahmah Ujang (NPB: 060621.MY01). Isteri pertama PJS Hafidzan Fauzi. Sedang mengandung anak ke 8. Bekas pensyarah UPM dalam bidang Teknologi Makanan selama 10 tahun. Kini beliau sepenuh masa bersama HPA.

5. PJS Pn. Hajah Noliah bt Ahmad (NPB: 418332.MY01). Umur 57 tahun. Merupakan bekas pentadbir sekolah. Mempunyai 2 orang anak dan 2 orang cucu. Baru 11 bulan menyertai HPA dan pertama kali mengikuti PBC di utara sebagai proksi. Selepas itu beliau menyertai PBC di Masjid Al Ghufran bersama suami dan terus mengembangkan rangkaiannya. Petua kejayaannya "Pegang Kepala Keluarga.".

Seorang lagi PJS yang tak dapat hadir ialah PJS Munirah bt Shafei (NPB: 272256.MY01) dari Sabak Bernam.

Sunday, May 31, 2009

Produk Baru

Rempah Kari Ikan,Ayam dan Daging HPA


Pilihan bagi para ibu dan pengemar Kari. Kini telah berada dipasaran Rempah Kari Ikan serta Ayam dan Daging keluaran HPA. Tukarlah kepada rempah yang terjamin kebersihan , kesucian dan keberkatannya keluaran syarikat Bumiputera Islam 100%. Tinggalkanlah rempah yang selama ini banyak menaja program-program hiburan dan menyalurkan keuntungan untuk perkara-perkara yang tidak menguntungkan ISLAM. Bantulah memperkukuhkan ekonomi ummah.

Harga Pengguna RM 6.00
Pengedar RM 5.00

Monday, May 11, 2009

Terkini Pencuci Merbau dan Angsana

Produk baru untuk Cuci Lantai (Merbau) dan Cuci Tandas ( Angsana). Memudahkan ahli HPA mencari nilai mata. Bermula dari ruang tamu hingga ke bilik air setiap produk HPA mula memberi nilai mata dan lebih nilai wang.

Harga RM 4.00

Friday, May 8, 2009

TEH MANJAKANI

Nama saintifiknya ialah Quercus infectoria dan kebanyakannya di import daripada India. Ia mempunyai sifat astringen, antiseptik dan hemostatik. Kandungan pirogalotonin di dalam manjakani telah dijadikan sebagai ubat keputihan, peradangan sendi dan untuk melangsingkan tubuh. Teh Manjakani mempunyai kelebihan yang sangat unit kerana ia baik sekali digunakan untuk wanita bagi keputihan dan mengecutkan peranakan dan tidak memberi kesan negatif jika diambil oleh wanita belum berkahwin. Kegunaan umum untuk lelaki dan wanita ialah bagi rawatan peradangan sendi, senguh, sakit atau kelebihan asid urid. Kesan jangka panjang yang akan dapat dilihat Teh Manjakani digunakan untuk melangsingkan tubuh. Ini dapat dilihat setelah 1 bulan mengamalkanya. InsyaAllah.

Harga : RM22.00/15 Bungkus

Minuman ALG


Minuman ALG merupakan salah satu produk herba dalam bentuk uncang (sachet) teh . Ia dibuat 100 peratus dari daun kaca beling matang. Selain digunakan untuk tujuan melawaskan kencing, darah tinggi, gout dan batu karang, HPA menggunakan teh ALG untuk tujuan anti kanser atau anti ketumbuhan serta resdung yang serius.Jika produk coscinium mungkin agak panas kepada sesetengah orang berbeza dengan minuman ALG yang bersifat dingin. Dalam penggunaan harian ada juga masyarakat yang menggunakan herba ini untuk demam panas. Apapun ALG sangat baik digunakan sebagai minuman harian untuk kesihatan.

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia: RM 20.00
Sabah & Sarawak: RM 22.00